Tagahas

Tagahas ialah salah satu suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah.[1] Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa, dan juga mengatakan bahawa asal-usul mereka adalah di Nunuk Ragang atau dalam bahasa mereka disebut "Pogun d Ama Ya" (bumi ibunda kami). Menurut cerita yang di turunkan oleh nenek moyang, khasnya oleh kumpulan keagamaan iaitu "Bobolian" (hampir sama dengan bomoh), sebelum menetap di Borneo kaum Kadazan-Dusun berasal di "Pogun Sina" (bumi Cina). Sedikit sebanyak fakta ini mendapat sokongan dari beberapa pakar etnologi apabila dilakukan kajian serta perbandingkan bahasa dan DNA di antara suku kaum Kadazan-Dusun dan suku-suku minoriti yang terdapat di Yunnan dan Formosa.