Tahajjud_Cinta
Tahajjud_Cinta

Tahajjud_Cinta

Tahajjud Cinta ialah album ke-14 oleh Datuk Siti Nurhaliza dan album pertamanya yang boleh dikategorikan sebagai album kerohanian atau keagamaan. Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions ini mula dipasarkan pada 9 September 2009 semasa bulan Ramadhan. Siti Nurhaliza merasakan amat tepat album ini dilancarkan pada bulan Ramadhan yang berkat kerana ia bertepatan dengan konsep atau mesej kerohanian yang disampaikan menerusi album tersebut. Tidak banyak artis yang menampilkan sebuah album yang bermesejkan kerohanian[2] selain album yang dinyanyikan oleh artis atau kumpulan nasyid. Album ini telah terjual melebihi 5,000 unit, di mana jualan album Siti Nurhaliza dilihat menurun berbanding 10,000 unit bagi album yang sebelumnya. Album yang diedarkan oleh Suria Records ini dijual dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 29.90.

Tahajjud_Cinta

Dikeluarkan pada 9 September 2009
Penerbit Dato' Siti Nurhaliza, Audi Mok, Eddie Marzuki, Tya Subkiato
Dirakam pada Januari-Ogos 2009
Genre Kerohanian
Syarikat Siti Nurhaliza Productions