Tahajjud_Cinta_(siri_TV)

Tahajjud Cinta adalah sebuah drama bersiri arahan pengarah prolifik Erma Fatima yang ditayangkan menerusi slot Zehra di saluran TV3 bermula pada 8 Julai 2011. Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan tentang Citra Maisara lakonan Nur Fazura, seorang gadis lulusan undang-undang syarie dari Kaherah, Mesir yang pulang ke tanahairnya di Malaysia untuk bekerja bersama Biro Tata Syariah dalam cita-citanya untuk mencari keadilan hak-hak berlandaskan Al Quran dan As Sunnah untuk kaum muslimah di negara ini biarpun terpaksa melupakan cintanya kepada Azihan (Shahz Jaszle) serta harapan keluarganya. Ia juga mengisahkan mengenai seorang kiyai bernama Ustaz Shauki (Eman Manan) yang menjalani kehidupan menguruskan sekolah pondok At Takwa disamping empat orang isterinya, dan juga anak lelaki sulungnya, Solahuddin (Remy Ishak). Drama ini menampilkan 18 orang pelakon berstatus dan mencatat kedudukan tertinggi untuk slot Zehra sejak drama Nur Kasih pada 2010.

Tahajjud_Cinta_(siri_TV)

Bahasa Bahasa Malaysia
Negara asal Malaysia
Lagu pembukaan "Merpati Putih" oleh Chrisye, duet oleh Zamani dan Astrid
Pengarah Erma Fatima
Syarikat penerbitan Rumah Karya Citra
Siaran asal 8 Julai 2011 – 14 Oktober 2011
Bilangan episod 13 episod
Penyunting Damien Wu Kong Chuen
Aliff JJ Abd Majid
Dibintangi oleh Eman Manan
Nur Fazura
Fouziah Gous
Remy Ishak
Tiz Zaqyah
Erma Fatima
Shahz Jaszle
Ziela Jalil
Ahmad Tamimi Siregar
Melissa Saila
Azizah Mahzan
Jins Shamsuddin
Norish Karman
Aaron Aziz
Genre Drama
Saluran asal TV3