Sinopsis Tahajjud_Cinta_(siri_TV)

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah dan rakan sekuliahnya Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah) kakak kepada Citra ada masalah dengan suaminya dan dia sangat lemah untuk menghadapi masalah dalam kehidupan berumahtangga.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada Ustaz Shauki (Eman Manan), bapa kepada Solahuddin (Remy Ishak).

Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri (Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat? Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.