Tahun_tropika

Setahun tropika (juga dikenali sebagai tahun solar atau tahun suria) adalah tempoh Matahari mengambil masa untuk kembali ke kedudukan yang sama dalam kitaran musim, seperti yang dilihat dari Bumi; Sebagai contoh, masa dari ekuinoks musim bunga ke ekuinoks musim bunga, atau dari solstis musim panas ke solstis musim panas. Kerana liukan ekuinoks, kitaran bermusim tidak tetap disegerakkan dengan kedudukan Bumi dalam orbitnya mengelilingi Matahari. Sebagai akibatnya, tahun tropika kira-kira 20 minit lebih pendek daripada masa yang diperlukan Bumi untuk menyelesaikan satu orbit penuh mengelilingi Matahari seperti yang diukur dengan bintang tetap (tahun sidereal).Sejak zaman dahulu, para ahli astronomi telah memperhalusi takrifan tahun tropika secara progresif. Masukan untuk "year, tropical" dalam Glosari Dalam Talian Almanak Astronomi (2015) menyatakan:Takrifan yang sama dan lebih jelas ialah "Asas semulajadi untuk pengiraan tahun-tahun tropika adalah longitud min Matahari yang diperhitungkan dari ekuinoks yang bergerak secara meliuk (ekuinoks dinamik atau ekuinoks tarikh). Bilamana longitud mencapai gandaan 360 darjah bermakna matahari melintasi ekuinoks vernal dan tahun tropika baru bermula" ((Borkowski 1991, p. 122).[1]. Ini adalah 365.24217 hari min suria ((Richards 2013, p. 587)).Purata tahun tropika pada tahun 2000 adalah 365.24219 hari efemeris; setiap hari efemeris berlangsung selama 86,400 saat SI.

Rujukan

WikiPedia: Tahun_tropika http://adsabs.harvard.edu/abs/1986A&A...157...59L http://adsabs.harvard.edu/abs/1991JRASC..85..121B http://adsabs.harvard.edu/abs/1992JBAA..102...40M http://adsabs.harvard.edu/abs/2004JHA....35..327M http://articles.adsabs.harvard.edu/cgi-bin/nph-iar... http://aa.usno.navy.mil/publications/docs/c15_usb_... http://asa.usno.navy.mil/SecM/Glossary.html http://maia.usno.navy.mil/ser7/ser7.dat http://www.bipm.org/en/si/si_brochure/general.html //www.worldcat.org/issn/0004-6361