Politik Taib_Azamudden_Md_Taib

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, beliau telah bertanding dalam kawasan parlimen Baling, Kedah mewakili parti PAS. Beliau menang dengan 21468 undi. Sementara calon Barisan Nasional mendapat 20074 undi. Tetapi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau tewas kepada seorang ustazah, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 7,613 undi. Beliau memperolehi 36,074 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 28,461 undi.

Parlimen Malaysia: Baling, Kedah
TahunPakatan RakyatUndi%Barisan NasionalUndi%
1999Taib Azamudden Md Taib (PAS)21,46850%Bahador Shah Md Isa (UMNO)20,07447%
2004Taib Azamudden Md Taib (PAS)28,43246%Mashitah Ibrahim (UMNO)32,66153%
2008Taib Azamudden Md Taib (PAS)36,07455%Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO)28,46143%