Taipei_Cina
Taipei_Cina

Taipei_Cina

Taipei China (Cina Tradisional: 中華臺北, Cina Ringkas: 中华台北, pinyin: Zhōnghuá Táibĕi) ialah nama yang digunakan oleh Taiwan, Republik China di Taiwan (ROC) untuk menyertai sukan antarabangsa. Oleh sebab Republik Rakyat China (PRC) menentang pengiktirafan Taiwan sebagai sebuah negara di bawah Dasar Satu Chinanya, ROC dipaksa melepaskan nama "Republik China" atau "Taiwan" agar tidak menyampaikan sebarang maksud tersirat akan kedaulatannya apabila menyertai kegiatan sukan antarabangsa (sila lihat Status politik Taiwan).Terdapat dua versi terjemahan China untuk nama "Taipei China", iaitu:Oleh sebab Zhōngguó Táibĕi (中國臺北) juga boleh bermaksud "Taipei, China", kerajaan ROC melihatkan nama tersebut sebagai menghina kerana ia meletakkan Taiwan pada taraf yang sama dengan Hong Kong, China, dan Macau, China.