Politik Tajuddin_Abdul_Rahman

Tajuddin berkecimpung dalam politik sejak awal 1980-an lagi di sekitar Pekan Rabu, Chenderong Balai, Kampung Gajah, Pasir Salak dan Teluk Intan. Beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak (1982-1988) and sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO dari 1986-1988.

Pada 1987, beliau dan barisan pemuda UMNO berhimpun di Stadium TPCA , Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berikutan itu, beliau ditahan ISA dalam Operasi Lalang bersama Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim dan lain-lain. Beliau selalu membandingkan perjuangan UMNO dengan perjuangan Dato Maharaja Lela menentang J.W.W. Birch.

Pada 1988 setelah UMNO Baru ditubuhkan, beliau dilarang menyertai UMNO semula kerana dituduh menyertai Semangat 46. Walau bagaimanapun, pada 1990 beliau diterima semula sebagai ahli UMNO setelah tuduhan tersebut tidak berasas.

Tahun 1995 beliau dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menyokong kuat Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 1998 beliau diterima semula menyertai UMNO tanpa syarat dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak tanpa bertanding pada 2000.[1]

Dalam politik UMNO Pasir Salak, beliau bergabung dengan Datuk Megat Junid Megat Ayob menentang Tan Sri Ramli Ngah Talib. [2]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau mengalahkan calon PAS Ustaz Mustafa Shaari di DUN Kampung Gajah, Perak. Dalam perhimpunan UMNO pada September 2004, beliau dipilih oleh UMNO Perak untuk membahaskan usul ekonomi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayob - PKR di parlimen Pasir Salak. Beliau menang dengan majoriti sebanyak 2,688 undi. Beliau memperolehi 16,928 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 14,240 undi.

Rujukan

WikiPedia: Tajuddin_Abdul_Rahman http://72.14.235.104/search?q=cache:Psm3gaEQOMwJ:m... http://sanggahtoksago.blogspot.com/2008/02/ledakan... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Na... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umn... https://www.youtube.com/watch?v=AiUB8aIq_fY https://www.youtube.com/watch?v=CSXDzVvwjbM https://www.youtube.com/watch?v=qTq7h3Hb9SA