Sinopsis Takdir:_Cahaya_Yang_Tidak_Terpadam

Novel ini mengisahkan pengembaraan seorang pemuda bernama Angkasa dalam membebaskan dunia yang ketika itu berada dalam kegelapan dikuasai oleh pemerintah kejam, Sang Asura. Sang Asura dan lima jeneralnya berjaya menguasai dunia dan menubuhkan sebuah kerajaan dunia, Kerajaan Utopia, setelah menghancurkan lima kerajaan utama dunia sepuluh tahun lalu. Setelah itu Bumi Barakah, kota suci manusia ketika itu, hilang dari pandangan muka bumi tanpa diketahui sebabnya. Kiai Songo yang dianggap harapan terakhir manusia juga telah kalah di tangan mereka dua belas tahun yang lalu.

Hanya dua kerajaan sahaja masih bertahan iaitu Kerajaan Tanah Haram dan Kota Hijau Chinmayi. Kedua-duanya masih tertegak kuat menentang kuasa Sang Asura yang cuba memadamkan cahaya Illahi yang masih bersinar di kedua-dua kerajaan tersebut.