Takwim_Hijrah_Syamsi

Takwim Hijrah Syamsi (Bahasa Parsi: گاه‌شماری هجری خورشیدی gāh-shomāri-ye hejri-ye khorshidi; Bahasa Pashto: لمريز لېږدیز کلیز), juga disingkatkan kepada SH, ialah takwim suria rasmi di Iran dan Afghanistan. Takwim ini ialah kalendar yang mempunyai 365 atau 365 hari seperti Takwim Gregorius tetapi tahun pertamanya bersamaan tahun peristiwa Hijrah dan bukannya berdasarkan kematian nabi Jesus.Pada 21 Februari 1911, parlimen Iran ke-2 mengamalkan takwim Jalali sebagai takwim rasmi Iran dengan bulan yang mempunyai nama 12 buruj zodiak dan tahun dinamai sempena haiwan dalam kitaran 12 tahun.[1] Afghanistan mengamalkan takwim Jalali rasmi pada tahun 1922 tetapi dengan nama bulan lain. Tahun Takwim Hijrah Syamsi bermula pada permulaan musim bunga Hemisfera Utara. Takwim Hijrah Syamsi merupakan salah 1 takwim paling lama di dunia, dan juga merupakan takwim suria yang paling tepat yang digunakan pada masa kini. Contohnya, tahun 2021~2022 M bersamaan dengan tahun 1400 SH, dengan menolak 622 tahun (622 Selepas Masihi ialah tahun berlakunya peristiwa Hijrah).