Etimologi Tali-G

Asal istilah "tali G" adalah kabur. Sejak abad ke-19, istilah geestring merujuk kepada tali yang digunakan untuk mengikat cawat Orang Asli Amerika [1] tetapi kemudiannya digunakan untuk merujuk kepada cawat yang sempit itu pada dirinya. Dalam karya Ode on a G-String ("Oda pada Tali G"), William Safire memetik penggunaan perkataan "tali G" untuk bererti cawat oleh majalah Harper's Magazine, 15 tahun selepas Beadle menyebutnya, dan mengatakan bahawa majalah itu telah mengelirukan perkataan itu dengan istilah tali G dalam bidang muzik (iaitu tali untuk not G). Safire juga menyebut pendapat ahli linguistik Robert Hendrickson bahawa G (atau gee) merujuk kepada groin, salah satu patah kata larangan sewaktu itu.[2]

Edgar Rice Burroughs memakaikan watak novelnya, Tarzan, dengan tali G buat pertama kali di dalam bukunya, The Son of Tarzan (1914: "Anak Tarzan"), di dalam Bab 26.[3] Bagaimanapun, Korak, anak Tarzan, menggunakan tali G lebih dahulu daripada bapanya di dalam buku yang sama (Bab 20).[4]