Peralatan Talian_Pelanggan_Digital

Hujung pengguna bagi talian terdiri daripada sebuah Penyesuai Terminal atau dalam istilah orang biasa "modem DSL". Ia menukar data daripada isyarat digital yang digunakan oleh komputer kepada isyarat voltan pada julat frekuensi sesuai yang kemudiannya digunakan pada talian telefon.

Dalam sesetengah variasi DSL (misalnya HDSL), penyesuai terminal disambung terus kepada komputer melalui antara muka sesiri, menggunakan protokol-protokol seperti RS-232 atau V.35. Dalam keadaan lain (terutamanya ADSL), adalah biasa bagi peralatan pengguna disepadukan dengan kefungsian tahap yang lebih tinggi, seperti penghalaan, penembokapian, atau perkakasan dan perisian lain untuk penggunaan khusus. Dalam hal ini, keseluruhan peralatan dirujuk sebagai penghala DSL atau get laluan.

Sesetengah jenis teknologi DSL memerlukan pemasangan penapis yang sesuai untuk mengasingkan isyarat DSL daripada isyarat suara yang berfrekuensi rendah. Pengasingan boleh berlaku sama ada di titik pemisah, atau dengan penapis dipasang pada alur keluar telefon dalam premis pengguna. Kedua-duanya mempunyai batasan dari segi praktikal dan ekonomi. Lihat ADSL untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Semasa pertukaran, sebuah pemultipleks capaian talian pelanggan digital (DSLAM) menamatkan litar-litar DSL dan mengagregat mereka, di mana mereka diserahkan kepada pengangkutan rangkaian yang lain. Bagi ADSL, komponen suara turut diasingkan pada langkah ini, sama ada menggunakan penapis yang disepadukan dengan DSLAM atau menggunakan peralatan penapisan khusus yang dipasang sebelumnya. DSLAM menamatkan kesemua sambungan dan memulihkan maklumat digital asal.