Keselamatan Talkum

Bedak talkum digunakan dalam rumah, dijual di seluruh dunia untuk digunakan dalam kebersihan diri dan kosmetik. Kegunaannya disyaki menyumbang kepada munculnya beberapa jenis penyakit terutamanya kanser ovari dan paru-paru. Ia  diklasifikasikan sebagai agen kumpulan ke-3 dalam senarai IARC.[3] Semakan yang dibuat oleh Penyelidikan Barah UK dan Pertubuhan Kanser Amerika menyimpulkan bahawa ada beberapa kajian yang telah menemukan suatu kaitan, tetapi tidak pula pada sesetengah kajian yang lain.[4][5]