Kerjaya Tam_Suhaimi

Selepas menginjak dewasa dan remaja, Tam jarang muncul di kaca tv. Tetapi dia mendapat perhatian ramai apabila muncul sebagai watak utama dalam drama Dunia Anita yang disiarkan di tv3 pada 2006. Semenjak itu dia terus mengukuhkan nama dalam industri hiburan tempatan. Selepas itu dia membintangi produksi Gaia pada 2008 bersama Farish Ramli dan Nora Danish.

Meskipun kerap tampil dalam drama, telefilem komedi. Tam sebenarnya berbakat dalam genre lain seperti Biarkan Burung Bernyanyi dia berperanan sebagai anak remaja yang memberontak dengan ibunya yang telah berkahwin baru. Dia tidak merestui kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Dia mensabotaj lauk pauk di gerai ibunya dengan menuang banyak garam dan memagari pintu rumah dengan kayu.