Geografi Tamadun_Minoan

Kriti merupakan pulau bergunung dengan pelabuhan semulajadi. Terdapat tanda kerosakan gempa bumi dikebanyakan tapak Minos dan tanda jelas kedua-dua tanah naik dan pemendapan tapak persisiran akibat proses tetonik disepanjang pantai.[25]

Homer menulis dalam tradisi bahawa Kriti memiliki 90 bandar.[26] Bagi menilai dari tapak istana di pulau kemungkinannya dibahagi kepada sekurang-kurangnya lapan unit politik semasa kemuncak tampoh Minos. Bahagian utara dipercayai diperintah dari Knossos, di selatan dari Phaistos, di tengah bahagian timur dari Malia, dan hujung timur dari Kato Zakros dan di barat dari Chania. Istana lebih kecil telah dijumpai te tepat-tempat yang lain.

Sesetengah tapak carigali Minos utama adalah:

  • Istana
    • Knossos - terbesar[27] tapak arkeologi Zaman Gangsa di Kriti; dibeli bagi carigali oleh Evans pada 16 March 1900.
    • Phaistos - kedua terbesar[27] bangunan istana di istana, dicarigali oleh sekolah Itali tidak lama selepas Knossos
    • Malia - subjek carigali Perancis, pusat istana yang mamberikan pandangan pada perkembangan istana semasa tempoh protopalatial
    • Kato Zakros - tapak istana yang dicarigali oleh ahli arkeologi Yunani di timur jauh pulau. Ia juga dirujuk sebagai "Zakro" dalam penulisan arkeologi.
    • Istana Galatas - paling terkini[bila?] tapak istana disahkan
  • Agia Triada - pusat pentadbiran berhampiran Phaistos
  • Gournia - bandar dicarigali pada suku pertama abad ke-20 oleh Sekolah Amerika
  • Pyrgos - tapak Minos awal di selatan pulau
  • Vasiliki - tapak awal Minos ke arah timur pulau yang memberikan namanya bagi barangan seramik berlainan
  • Fournu Korfi - tapak di selatan pulau
  • Pseira - bandar pulau dengan tapak upacara
  • Mount Juktas - teragung[petikan diperlukan] salah satu puncak perlindungan Minos kerana kaitannya dengan istana Knossos
  • Arkalochori - tapak jumpaan Kapak Arkalochori terkenal.
  • Karfi - tapak perlindungan semasa akhir tempoh Minos, satu dari tapak Minos
  • Akrotiri - penempatan di pulau Santorini (Thera), berhampiran tapak Letupan Thera
  • Zominthos - bandar bergunung di bahagian utara kaki Gunung Ida