Taman_Botanikal_Melaka
Taman_Botanikal_Melaka

Taman_Botanikal_Melaka

Taman Botanikal Melaka (dahulunya dikenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh) terletak di Lebuh Ayer Keroh, Melaka, Malaysia menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan dan terletak di kawasan pelancongan Ayer Keroh bersama Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan lain-lain.[1]Seluas 359 hektar, dengan sehingga 10 hektar diperuntukkan sebagai tapak perkhemahan,[2] hutan rekreasi ini dibuka pada April 1984.Di sini suasana yang aman tenteram hutan tropika menanti untuk diteroka. Pokok-pokok yang dilabel membuatkan ia serba menyeronokkan lagi ilmiah untuk pembelajaran segera di dalam flora dan fauna Malaysia yang kaya dengan pelbagai khazanah. Ia merupakan satu tempat yang amat sesuai untuk merentas hutan, memanjat bukit, berjogging dan berbasikal.Sejak Jun 2006, sebahagian kawasan hutan ini dibuka semula sebagai Taman Botanikal Melaka.