Taman_Burung_Kuala_Lumpur
Taman_Burung_Kuala_Lumpur

Taman_Burung_Kuala_Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur ialah sebuah taman burung Malaysia yang berukuran 20.9 ekar (8.5 ha). Ia terletak berhampiran dengan Tasik Perdana, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Peringatan Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain.Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pencinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 20.9 ekar.[perlu rujukan]Buat pertama kalinya di Malaysia, para penggemar burung berpeluang memerhatikan lebih kurang 3,000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi.[perlu rujukan] Terdapat burung Enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakaktua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda mendiami taman burung ini.