Lokasi Taman_Gembira_(Daerah_Kuala_Selangor)

Taman Gembira (2023)

Taman Gembira merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Gembira terletak di bahagian barat laut Daerah Kuala Selangor manakala kedudukannya dalam Mukim Tanjong Karang, Taman Gembira terletak di bahagian paling selatan Mukim Tanjong Karang, dekat dengan sempadan Mukim Ujong Permatang. Antara petempatan manusia yang serantau dengan kawasan Taman Gembira ialah Taman Malinja dan Taman Ria di bahagian barat laut, Taman Karang Mas dan Kampung Sungai Gulang-Gulang di bahagian timur, Kampung Tok Adam di bahagian utara; Taman Radin Mas, Taman Damai, dan Taman Mahsuri di bahagian selatan dan Taman Makmur di bahagian tenggara.[1][2] Taman Gembira mempunyai poskod tersendiri iaitu 45500 dalam daerah pos Tanjong Karang.[4]

Dari segi politik, kawasan perumahan Taman Gembira terletak di dalam kawasan parlimen Tanjong Karang. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman Gembira terletak di dalam kawasan negeri Sungai Burong.[5]

Kawasan Taman Gembira adalah salah satu kawasan petempatan manusia yang membentuk Bandar Tanjong Karang. Kedudukannya dalam Bandar Tanjong Karang, terletak di bahagian paling tenggara, berdekatan dengan sempadan Pekan Tanjong Karang.[2][6] Taman Gembira terletak di dalam Seksyen 2 Bandar Tanjong Karang.[2][6] Taman Gembira juga terletak di kawasan lembah Sungai Tengi yang bermuara di Selat Melaka.[2]

Rujukan

WikiPedia: Taman_Gembira_(Daerah_Kuala_Selangor) https://www.geonames.org/12746506/taman-gembira.ht... https://mygeoname.mygeoportal.gov.my/index.jsp http://mygeoname.mygeoportal.gov.my/exportpdf00.js... https://postcode.my/selangor-tanjong-karang-taman-... https://tindakmalaysia.maps.arcgis.com/apps/instan... https://web.archive.org/web/20210505072114/https:/... https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/ https://geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Taman_... https://www.mygeomap.gov.my/1mm_frontpage_bi/index...