Taman_Mendayung-Berkanu_Olimpik_Shunyi

Taman Mendayung-Berkanu Olimpik Shunyi merupakan venue yang baru dibina untuk acara sukan Mendayung, Berkanu dan Berkayak dan acara renang maraton 10 kilometer bagi Sukan Olimpik 2008. Ia terletak di Perkampungan Mapo, Wilayah Shunyi di Beijing. Kejohanan pertama di venue ini diadakan pada Ogos 2007, setahun sebelum tibanya Sukan Olimpik 2008. Kejohanan Mendayung Junior Dunia, Kanu/Kayak Slalom Terbuka China dan Kanu/Kayak Air Datar Terbuka China telah diadakan pada bulan berkenaan yang merupakan sebahagian siri "Good Luck Beijing" bagi acara sukan[1]. Renang Maraton 10km Olimpik 2 acara kelayakan akan diadakan pada Jun 2008[2].