Taman_Negara_Komodo
Taman_Negara_Komodo

Taman_Negara_Komodo

Taman Negara Komodo, bahasa Indonesia; Taman Nasional Komodo terletak di antara provinsi Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat.Taman negara ini terdiri atas tiga pulau besar Pulau Komodo, Pulau Rinca, dan Pulau Padar serta beberapa pulau kecil yang lain. Wilayah darat taman negara ini berkeluasa 603 km² dan keluasan penuh wilayahnya adalah 1817 km².Pada tahun 1980 taman negara ini didirikan untuk melindungi biawak komodo dan habitatnya. Di sana terdapat 277 spesies haiwan yang merupakan yang sebilangan besarnya berasal dari Asia dan Australia, dari jumlah itu, 32 spesies adalah mamalia, 128 spesies burung, dan 37 spesies reptilia. Bersama dengan biawak komodo, sekurang-kurangnya terdapat 25 spesies haiwan darat dan burung yang tergolong dalam jenis haiwan yang dilindungi kerana spesies haiwan-haiwan tersebut mengalami ancaman kepupusan yang agak membimbangkan.Selain itu, kawasan laut taman negara ini terdapat juga terumbu karang. Sekurang-kurangnya terdapat 253 spesies karang pembentuk terumbu yang ditemukan di sana, dengan sekitar 1,000 spesies ikan. Keindahan terumbu ini menarik minat pelancong asing untuk berenang atau menyelam di perairan ini.Pulau-pulau ini asalnya adalah pulau-pulau yang terbentuk akibat penciptaan gunung berapi. Jumlah penduduk di wilayah ini lebih kurang 4,000 orang. Pada tahun 1986 taman negara ini diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Taman Negara Komodo juga dinominasikan dalam 7 keajaiban dunia alam semulajdi mengikut perkiraan New7wonders.