Taman Negara Malaysia dibuka pada
1938/
1939 sebagai
Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu
Pahang,
Terengganu, dan
Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk
Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk
Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk
Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.
Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan
Kuala Tahan atau
Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti
harimau,
tenuk,
gajah,
rusa,
babi hutan,
pelanduk, dan
seladang.
Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada
Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.Daya tarikan lain boleh ditemui di
Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi,
Gua Telinga, dan
Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui
Sungai Tahan.Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di
Lata Berkoh dan
Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies
ikan terutamanya dari keluarga kap seperti
ikan kelisa,
ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan
air.