Sejarah Taman_Negeri_Royal_Belum

Taman Negeri Royal Belum dipercayai telah wujud selama lebih dari 130 juta tahun, menjadikannya salah satu hutan hujan tertua di dunia, lebih tua dari Hutan hujan Amazon dan Hutan hujan Kongo.[3]

Hutan ini mendapat nama sempena daripada nama sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama.[4] "Belum" adalah bunyi yang dikeluarkan oleh serangga kayu yang berbunyi seperti “Belummm, Belummm”.[5][6]

Taman negeri ini pernah mempunyai perkampungan masyarakat lama Melayu, Kampung Lama Belum yang terletak di tengah-tengah Hutan Belum.[4] Tasik yang mengelilingi hutan ini awalnya terdapat perkampungan orang Melayu dan Orang Asli suku Jahai, iaitu suku Negrito yang mendiami tanah Semenanjung.[7][4][2] Hutan Belum menjadi salah satu tempat persembunyian pihak British. Sejak 1952, pihak British telah mengarahkan masyarakat kampung ini berpindah ke Bendang Puru yang terletak berhampiran Grik sewaktu menggempur pihak komunis.[4]