Sambutan Tamu_Agung

Tamu Agung merupakan kegagalan komersial sebaik sahaja ia dikeluarkan pada 21 Mei 1955, menjadikan hanya Rp. 147,301 semasa tayangannya, yang paling terendah bagi produksi Perfini pada saat itu.[4] Bagaimanapun, ia menerima pujian daripada pengkritik, dan walaupun ia dijatuhkan oleh kerajaan Sukarno, mereka tidak mengharamkannya.[5][6] Filem ini ditayangkan di Festival Filem Asia 1956 di Hong Kong, memenangi Komedi Terbaik.[7]

Universiti Monash menulis bahawa filem ini "cemerlang menjalin wacana politik moden (termasuk feminisme militan yang nampaknya telah muncul dengan revolusi Indonesia) dengan retorik Jawa kuno, yang diambil dari kisah-kisah daripada Wayang (tradisional wayang kulit Jawa)."[6] Author William Van der Heide memganggap filem itu mempunyai pandangan ideologi pembangunan, dan menyatakan bahawa filem membawa kritikan kasar mengenai rasuah kerajaan dan parti politik dan "tetamu agunh" ialah hakikat bagi "karikatur kecil Presiden Sukarno".[8]