Biografi Tan_Eng_Huat

Tan Eng Huat dilahirkan pada tahun 1974 di Teluk Intan, negeri Perak, beliau memulakan kerjayanya sebagai kartunis DC Comics pada tahun 2000. Beliau telah keluarkan sebanyak 22 isu komik Doom Patrol selepas setahun berada di sana . Komik Doom Patrol telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ia memenangi 2 anugerah antarabangsa iaitu Anugerah Russ Manning 2002 di USA ('Best New Comer') & The 5th Nation Comic Award 2002 di England ('Best New Talent'). Beliau kemudiannya menjadi pelukis bagi komik 'Justice League of America' & 'The Authority' pada tahun 2003 di mana 'Justice League of America' telah dicalonkan dalam Anugerah Eisner bagi kategori ('Best Penciller/Inker'). Sebelum berjaya sebagai artis antarabangsa , beliau pernah menyumbangkan karya-karya eksklusifnya di awal kemunculan majalah Gempak (isu 1 - 18).