Tan_Tee_Beng
Tan_Tee_Beng

Tan_Tee_Beng

Tan Tee Beng adalah seorang ahli politik berketurunan Cina Malaysia yang merupakan mantan Ahli Parlimen bebas bagi Nibong Tebal, Pulau Pinang yang mana sebelum 1 Mac 2010 beliau adalah ahli Parti Keadilan Nasional (KeADILan) yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Osman dengan majoriti sebanyak 3,087 undi. Beliau memperolehi 20,210 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,123 undi. Bapa Tan, Datuk Tan Gim Hwa, merupakan salah seorang ahli pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), iaitu sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN),[1] dan beliau sendiri merupakan bekas ahli pergerakan pemuda parti Gerakan[2]Sebelum menyertai politik, Tan adalah seorang broker saham. Beliau mendapat Sarjana Muda Perundangan dari Middlesex University.[3]