Tanda_Ikatan

Tanda Ikatan (印) dalam Naruto adalah suatu kaedah atau proses yang perlu dilakukan untuk mengaktifkan sesuatu jutsu; tidak kira sama ada Ninjutsu, Genjutsu atau lain-lain jutsu rahsia (melainkan Taijutsu). Terdapat turutan bentuk tanda ikatan yang berbeza bagi setiap jutsu yang berbeza; semuanya perlu diingati. Semua teknik atau jutsu memerlukan sejumlah bilangan bentuk tangan untuk dapat dihasilkan, namun ada sesetengah ninja yang mempunyai skil peringkat tinggi mampu melakukan teknik yang sama hanya dengan menggunakan bilangan bentuk tanda ikatan yang lebih kurang ataupun dengan jumlah yang sama. Sebagai contoh, Hokage Kedua hanya memerlukan satu bentuk tanda ikatan sahaja untuk mengaktifkan Gaya Lepas Sifat Air: Letupan Naga Air. Bagaimanapun, teknik tersebut pada asalnya memerlukan sebanyak 42 kombinasi bentuk tanda ikatan. Ini menunjukkan, perbezaan di antara skil dan keupayaan ninja yang berbeza.