Tanjung_Harapan,_Afrika_Selatan
Tanjung_Harapan,_Afrika_Selatan

Tanjung_Harapan,_Afrika_Selatan

Tanjung Harapan (Bahasa Afrikaans: Kaap die Goeie Hoop, Belanda:  Kaap de Goede Hoop (bantuan·maklumat), Bahasa Portugis: Cabo da Boa Esperança) adalah sebuah tanjung berbatu yang menghadap pantai Atlantik di Afrika Selatan.Terdapat salah faham akan kedudukan Tanjung Harapan di hujung paling selatan benua Afrika, di sebabkan dahulu dipercayai ia menjadi titik pemisah antara laut Atlantik dan India. Secara faktanya, titik paling ke selatan adalah Tanjung Agulhas, kira-kira 150 kilometer (90 batu) ke timur-tenggara. Laut Atlantik dan India bertemu pada titik di mana air panas arus Agulhas bertemu dengan air sejuk arus Benguela dan berpusing semula sendiri – satu titik turun naik di antara Tanjung Agulhas dan Tanjung Titik, kira-kira satu kilometer ke timur Tanjung Harapan.