Asal-usul Tanzimat

Idea Tanzimat ini muncul daripada Sultan yang mahukan reformasi seperti Sultan Mahmud II dan Abdülmecid I termasuk juga beberapa pegawai kerajaan yang berpendidikan barat yang menganggap bahawa institusi agama dan ketenteraan Uthmaniyyah tidak lagi relevan dengan keperluan empayar di dunia moden ini. Kebanyakan perubahan yang dibuat adalah simbolik, seperti perubahan pakaian, bertujuan untuk mengubah pemikiran golongan pentadbir empayar tersebut. Kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan digalakkan untuk memakai pakaian yang lebih bercorakkan "barat". Usaha seperti ini dibuat untuk menerima adat orang-orang Eropah yang terbukti lebih sesuai pada era tersebut. Usaha reformasi ini amat dipengaruhi oleh Kod Napoleon dan Undang-undang Empayar Kedua Perancis kerana ramai pelajar-pelajar Uthmaniyyah yang menuntut ilmu di sana. Antara usaha yang telah dibuat seperti pengerahan sejagat; pendidikan, institusi, dan undang-undang; dan usaha sistematik untuk menghapuskan gejala rasuah. Termasuk juga satu polisi Tanzimat yang dinamakan sebagai "Ottomanism", iaitu satu polisi yang boleh menyatukan semua kesemua rakyat yang berbeza bangsa dan agama( Orang Islam dan bukan Islam, Turki, Yunani, Armenia, Yahudi, Kurd dan Arab). Polisi Tanzimat ini bermula dengan Titah Gülhane(Edict of Gülhane) 1839, yang mengisytiharkan bahawa orang Islam dan bukan Islam adalah sama. Kebanyakan undang Islam telah diadaptasikan dengan undang-undang negara Barat. Seterusnya, pada tahun 1856, Titah Humayun (Hatt-I Humayun) diisytiharkan.