Tartan
Tartan

Tartan

Tartan (Bahasa Gaelik Scotland: breacan [ˈbɾʲɛxkən]) ialah sejenis corak terdiri daripada garisan pelbagai warna melintang dan menegak yang saling bersilang. Kain bercorak ini dahulunya diperbuat daripada kain wul yang ditenun, namun banyak bahan-bahan lain kini juga digunakan untuk membuatnya. Tartan khususnya dikaitkan dengan budaya orang Scotland, terutamanya pada pakaian tradisi kilt mereka yang mempunyai corak sebegini.Corak ini kini tidak hanya terhad kepada kain tekstil, tetapi juga pada bahan lain yang keras dan tidak dianyam seperti kertas, plastik dan hiasan dinding.[1]