Tasik_Putrajaya

Tasik Putrajaya terletak di tengah-tengah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. Tasik buatan manusia ini mempunyai keluasan 650 hektar diwujudkan bagi membentuk suatu landskap bandar dalam taman yang tenang dan damai, selain menjadi nadi kepada sistem penghawa dingin bandar semula jadi, ia juga menjadi tempat untuk aktiviti riadah, memancing, permainan sukan air dan pengangkutan air di Wilayah Persekutuan ini.