Tawakel_Karman

Tawakel Abdel-Salam Karman (Bahasa Arab: توكل عبد السلام خالد كرمان‎ Tawakkul ‘Abd us-Salām Karmān; juga Roman Tawakul,[1] Tawakel[2][3][4]) (lahir 7 Februari 1979[4]) merupakan wartawan, ahli politik dan aktivis hak asasi manusia Yaman. Beliau mengetuai kumpulan "Wartawan Wanita Tanpa Rangkaian", yang diasas beliau pada tahun 2005.[1]Beliau telah menjadi tumpuan dunia apabila mengetuai pemberontakan Yaman 2011 yang juga sebahagian daripada pemberontakan Arab Spring. Beliau digelar "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi" oleh masyarakat Yaman.[5][6] Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2011 (bersama-sama Leymah Gbowee dan Ellen Johnson Sirleaf dari Liberia)[7] menjadikan beliau rakyat Yaman dan wanita Arab pertama,[8] serta wanita Islam kedua yang menerima Hadiah Nobel. Beliau juga penerima Hadiah Nobel kedua termuda setakat ini.[9]