Revolusi_Yaman
Revolusi_Yaman

Revolusi_Yaman

Bantahan Yaman 2011 berlaku selepas kejayaan Revolusi Tunisia 2010-2011 dan Revolusi Mesir 2011 serta bantahan masyarakat dunia Arab pada awal 2011. Bantahan ini berlaku kerana menentang pengangguran, keadaan ekonomi[9] dan rasuah[10]. Mereka mahu Perlembagaan Yaman dipinda/dibuat semula dan Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh berundur.Bantahan besar seramai 16,000 orang berkumpul di Sana'a pada 27 Januari 2011.[11] Ekoran itu Presiden Ali berjanji tidak akan menyertai pilihan raya pada 2013 dan tidak melepaskan kuasa kepada anaknya. Pada 3 Februari, seramai 20,000 membantah kerajaan di Sana'a dan Aden selepas Tawakel Karman menganjur rakyat membuat bantahan besar-besaran.[12] Pada "Jumaat Kemarahan" pada 18 Februari, puluhan ribu rakyat Yaman membantah pula di Taiz, Sana'a dan Aden. Kemudian pada 18 Mac, pembantah di Sana'a ditemmbak menyebabkan lebih 40 kematian hingga akhirnya ramai anggota kerajaan berpaling tadah dan meletak jawatan.Pada 23 April Saleh menerima cadangan meletak jawatan dan memindahkan kuasa kepada timbalannya dalam masa 30 hari. Persetujuaan itu termasuk kekebalan untuknya dan keluarganya dan mensyaratkan para pembantah berhenti menunjuk perasaan secara umum dan menyertai kerajaan campuran bersama parti memerintah Saleh. Para pembangkang yang diketuai Yassin Saeed Noman menerima semangat persetujuan itu tetapi menolak syarat yang diberikan, mereka rela membenarkan parti Saleh menamatkan penggalnya dan mengakui ketiadaan kuasa untuk memberhentikan bantahan. Perjanjian ini timbul selepas tekanan hebat antarabangsa. Reaksi terhadap persetujuan Saleh agak terhad, tanpa persetujuan itu dihitamputihkan atau diterima sepenuhnya oleh kedua pihak dan dengan kemungkinan kebuntuan berterusan.[13]Saleh dan perdana menterinya serta beberapa orang lagi cedera manakala lima lagi terbunuh dalam satu serangan roket pada 3 Jun terhadap kawasan kediaman president. Mereka ketika itu berada dalam masjid khusus untuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi.[14] Keesokan harinya, Naib Presiden Abd al-Rab Mansur al-Hadi mengambil alih sebagai poemangku sementara Saleh terbang ke Arab Saudi untuk rawatan.[15]. Khalayak meraikan pemindahan kuasa ini, walaupun kerajaan menyatakan ia hanya sementara.[16] Para penentang berikrar akan menyekat kepulangan Presiden Ali, sementara beliau beransur-ansur pulih selepas menjalani pembedahan.[17]

Revolusi_Yaman

Tarikh Januari 2011 (2011-01) – 27 Februari 2012 (2012-02-27)
(1 tahun dan 1 bulan, )
Kematian 830-888 (setakat 6 Jun)[1][2]
Kecederaan 1,000+[3][4][5][6][7][8]
Cir-ciri Tunjuk perasaan
Lokasi  Yaman

Rujukan

WikiPedia: Revolusi_Yaman http://english.peopledaily.com.cn/90001/90777/9085... http://www.cnn.com/2011/WORLD/meast/06/03/yemen.un... http://www.deseretnews.com/article/700137365/Yemen... http://www.france24.com/en/20110529-suspected-al-q... http://www.kansascity.com/2011/06/05/2927897/gunme... http://www.nytimes.com/2011/04/24/world/middleeast... http://www.nytimes.com/2011/06/03/world/middleeast... http://af.reuters.com/article/tunisiaNews/idAFLDE7... http://www.washingtonpost.com/world/middle-east/sp... http://online.wsj.com/article/SB100014240527487044...