Revolusi_Mesir_2011
Revolusi_Mesir_2011

Revolusi_Mesir_2011

Revolusi Mesir 2011 atau Revolusi Belia (juga dipanggil Revolusi 25 Januari),[6] ialah satu siri tunjuk perasaan, bantahan, dan keingkaran awam yang sedang berlangsung di Mesir sejak 25 Januari 2011, dengan para penganjur menggunakan pemberontakan di Tunisia sebagai pembakar semangat orang ramai. Tunjuk perasaan serta rusuhan ini dikatakan berpunca daripada pengangguran, keinginan menaikkan gaji minimum, kurangnya perumahan, inflasi makanan, korupsi, kurangnya kebebasan bersuara, dan keadaan hidup susah.[7] Matlamat utama bantahan ini ialah untuk menyingkirkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.[8]Bantahan-bantahan memang sudah sering berlaku di Mesir, namun bantahan kali ini merupakan yang terbesar semenjak 1977,[9] sehingga Kaherah diperihalkan sebagai "sebuah zon perang"[10] oleh seorang wartawan dari akhbar The Guardian. Bantahan ini, buat pertama kalinya disertai oleh sekalian khayalak penduduk tidak mengira latar sosio-ekonomi mereka.[9][11]Apabila tahap publisiti meningkat, kerajaan Mesir telah meningkat usaha menghadkan capaian Internet. Mulai Jumaat 28 Januari, perhubungan Internet dan perkhidmatan telefon bimbit termasuk SMS telah terhenti.[12][13]Mubarak membubarkan kerajaannya lalu melantik tokoh tentera dan bekas ketua Jabatan Perisikan Am Mesir, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden untuk cuba mematahkan bantahan. Mubarak meminta menteri penerbangan dan bekas ketua Tentera Udara Mesir, Ahmed Shafik untuk membentuk kerajaan barunya. Penentangan terhadap rejim Mubarak bertaut pada Mohamed ElBaradei, apabila semua kumpulan pembangkang utama menyokong peranannya sebagai perunding untuk membentuk suatu kerajaan peralihan yang bersatu.[14] Ramai warga luar negara hendak keluar dari negara ini, apabila rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan terbesar.[15] Sebagai tanda tunduk kepada tekanan rakyat, Mubarak mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya pada bulan September.[16]Pada 10 Februari, President Mubarak mengumumkan bahawa beliau "menugaskan kuasanya" kepada Naib Presiden Omar Suleiman. Duta Mesir ke Amerika Syarikat mengesahkan bahawa ini menjadikan Suleiman sebagai Presiden Mesir de facto, tetapi Mubarak kekal sebagai Presiden de jure.[17][18]Pada 11 Februari, Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan bahawa Mubarak meletak jawatan sebagai presiden sambil menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.[19] Dua hari kemudian, kerajaan tentera pimpinan Mohamed Hussein Tantawi mengumumkan bahawa perlembagaan negara digantung, kedua-dua dewan parlimen dibubarkan, dan tentera memerintah selama enam bulan sehingga pilihan raya boleh diadakan. Jemaah menteri sebelum ini, termasuk Perdana Menteri Ahmed Shafik, menyambung tugas sebagai kerajaan sementara sehingga terbentuknya kerajaan baru.[20]Shafik meletak jawatan pada 3 Mac 2011, sehari sebelum bantahan besar-besaran untuk memaksanya berundur dirancangkan; beliau diganti oleh Essam Sharaf, bekas menteri pengangkutan.[21]

Rujukan

WikiPedia: Revolusi_Mesir_2011 http://www.heraldsun.com.au/ipad/egyptian-riots-4/... http://www.heraldsun.com.au/ipad/pyramids-closed-a... http://news.smh.com.au/breaking-news-world/egypts-... http://en.trend.az/news/politics/1820813.html http://en.trend.az/news/society/1821118.html http://www.cbc.ca/world/story/2011/01/26/cairo-pol... http://www.allvoices.com/contributed-news/8060066-... http://www.almasryalyoum.com/en/news/least-1000-ar... http://blogs.bettor.com/Political-turmoil-instigat... http://www.bloomberg.com/news/2011-01-30/azerbaija...