Tawuran

Tawuran (atau tubir) ialah suatu bentuk keganasan gengsterisme sekolah dalam masyarakat urban Indonesia. Wirumoto, ahli sosiologi Indonesia, berpendapat bahawa tawuran dilakukan sebagai salah satu cara-cara untuk menghilangkan stress selama peperiksaan.[1] W. D. Mansur juga berpendapat bahawa tindakan tersebut berlaku bukan berlaku akibat faktor peribadi, tetapi berasal daripada pengaruh sekeliling serta prasangka masyarakat.[2]Tawuran boleh menyebabkan mangsa cedera parah sehingga kematian. Pada 2013, Al Jazeera melaporkan adanya peningkatan kegunaan asid dalam tawuran yang menyebabkan peningkatan cedera parah.[3]