Insiden Tealive

Pada 27 Jun 2018, Mahkamah Rayuan telah mengarahkan Tealive yang dimiliki oleh Loob Holdings Sdn Bhd untuk menutup semua operasi perniagaannya selepas diputuskan bersalah terhadap syarikat Chatime yang dimiliki oleh La Kaffa International Co Ltd dari Taiwan. Hal ini kerana, La Kaffa mendakwa yang Tealive sudah melanggar undang-undang perjanjian sebagai francaisnya dan telah mengubah bahan-bahan minuman ini tanpa persetujuan syarikat La Kaffa sebagai syarikat induk francais.[2]