Sejarah TechSoup

Setelah membincangkan keperluan teknologi dari pertubuhan bukan untunh dengan WELL, Daniel Ben-Horin juga mengasaskan CompuMentor (kemudian TechSoup). Tujuan CompuMentor ialah sebagai wadah untuk sukarelawan yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi ("mentor") untuk membantu organisasi bukan untung lain berurusan dengan teknologi maklumat. CompuMentor kemudian mula mengumpulkan sumbangan dalam bentuk produk teknologi, terutama dari majalah teknologi yang mempunyai stok perisian yang besar yang tidak lagi diperlukan setelah disemak. CompuMentor kemudian menyediakan perisian tersebut kepada pertubuhan bukan untung lain, dengan hanya bayaran pentadbiran sebanyak $5.[2][3][4]

Pada tahun 1997, CompuMentor menerima dana sebanya $350.000, dan bergabung dengan IT Resource Center untuk membentuk Penyedia Bantuan Teknologi Bukan Untung terbesar di Amerika Syarikat.[5]

Pada 9 Mei 2000, laman web TechSoup, www.techsoup.org dilancarkan secara rasmi.

Pada tahun 2008, pertubuhan ini bertukar nama kepada TechSoup Global.[6]

Pada tahun 2016, TechSoup mencatatkan pendapatan sebesar $30,8 juta. Pertubuhan ini menyediakan perkhidmatan bantuan teknologi dan perkhidmatan pengesahan pertubuhan bukan kerajaan untuk NGO, yayasan, perpustakaan dan organisasi sivik lain di seluruh dunia melalui perkongsian dengan syarikat seperti Microsoft, Adobe, Cisco, dan Symantec. Melalui kerjasama dengan Microsoft, pertubuhan ini membentuk TechSoup Global Network untuk meningkatkan pengagihan perkhidmatan kepada pertubuhan bukan untung.[2][7][8][9][10]

TechSoup Global Network memiliki Fundacja TechSoup, sebuah "pusat serantau" bebas yang diasaskan oleh TechSoup Global. Fundacja TechSoup beribu pejabat di Warsawa, Poland, dan memberikan perkhdmatan di 48 negara di Eropah.[11][12]

Rujukan

WikiPedia: TechSoup http://www.bna.com/irs-gives-ok-n57982058670/ http://www.gospelherald.com/articles/54746/2015031... http://www.sfgate.com/business/article/TechSoup-se... http://techpresident.com/news/wegov/24224/website-... http://www.techrepublic.com/article/10-awesome-tec... http://www.thehindu.com/features/metroplus/so-wher... http://www.thenonprofittimes.com/news-articles/dis... http://www.cof.org/files/Bamboo/programsandservice... http://www.mott.org/Globals/Grants/2015/201100026_... http://www.ngosource.org/News/Pages/press-release-...