Tekanan_osmosis

Tekanan osmosis adalah minimum tekanan minimum yang perlu dikenakan pada sesejenis larutan untuk mencegah aliran masuk air melepasi membran separa telap.[1] Ia juga ditakrifkan sebagai ukuran kecenderungan suatu larutan menyerap air melalui osmosis. Tekanan osmosis berkeupayaan adalah tekanan osmosis maksimum yang boleh terbentuk dalam larutan jika ia dipisahkan daripada air suling oleh membran telap terpilih. Fenomena osmosis timbul dari kecenderungan sesuatu pelarut tulen untuk bergerak melalui membran separa telap dan ke dalam larutan yang mengandungi zat terlarut di mana membran tersebut tifdak boleh telap. Proses ini penting dalam biologi kerana membran sel bersifat separa telap.