Sejarah Televisyen_satelit

Isyarat televisyen satelit yang pertama disiarkan dari Eropah ke satelit Telstar di atas Amerika Utara pada tahun 1962. Satelit komunikasi geosegerak yang pertama, iaitu Syncom 2 dilancarkan pada tahun 1963. Satelit komunikasi komersial yang pertama di dunia, iaitu Intelsat I (atau nama jolokannya Early Bird), dilancarkan ke orbit segerak pada 6 April 1965. Rangkaian televisyen satelit kebangsaan yang pertama, dipanggil Orbita, dibuka di Kesatuan Soviet pada 1967, berdasarkan prinsip penggunaan satelit Molniya yang amat bujur untuk tujuan penyiaran semula dan penyampaian isyarat TV ke stesen-stesen downlink bumi. Satelit Amerika Utara domestik pertama yang membawa televisyen ialah Anik 1 geopegun dari Kanada, yang dilancarkan pada tahun 1972[1]. ATS-6, Satelit Siaran Langsung dan pendidikan ujian yang pertama di dunia, dilancarkan pada tahun 1974. Satelit geopegun Soviet pertama yang membawa telvisyen Direct-To-Home, iaitu Ekran, dilancarkan pada tahun 1976.