Telkom_Indonesia
Telkom_Indonesia

Telkom_Indonesia

PT Telekomunikasi Indonesia, Tbk. (Telkom Indonesia atau Telkom sahaja) (NYSE: TLK, LSE: TKID, Templat:Idx)[1] ialah sebuah syarikat maklumat dan komunikasi serta pembekal perkhidmatan dan rangkaian telekomunikasi di Indonesia. Telkom mendakwa sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Indonesia, dengan jumlah pelanggan telefon tetap sebanyak 15 juta dan pelanggan telefon bimbit (Flexi) sebanyak 50 juta.Telkom merupakan salah satu BUMN yang sahamnya saat ini adalah dimiliki oleh Kerajaan Indonesia (RI) (51,19%) dan oleh orang awam sebanyak 48,81%. Sebahagian besar pemilikan saham awam (45,58%) adalah dimiliki oleh pelabur asing, dan selebihnya (3,23%) oleh pelabur dalam negeri. Telkom juga menjadi pemegang saham majoriti di 9 anak syarikat, termasuk PT Telekomunikasi Selular (Telkomsel).Presiden pengarah Telkom saat ini adalah Rinaldi Firmansyah yang menggantikan Arwin Rasyid pada 28 Februari 2007.