Sejarah Teluk_Gong

Hamid Tuah

Teluk Gong pernah terkenal pada tahun 1967, apabila penduduk kampung mengadakan demonstrasi menuntut tanah yang mereka teroka menjadi hak milik mereka. Antara yang menjadi pejuang rakyat ketika itu ialah Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Sanusi Osman dan Hamid Tuah. Pada 1960-an, tindakan Hamid Tuah dan 500 penduduk-penduduk Melayu miskin yang meneroka tanah hutan di Teluk Gong dikatakan tidak menepati Undang-Undang Tanah kerajaan negeri Selangor. Beliau telah dikenakan tahanan terhad di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pihak kerajaan tidak membenarkan mereka meneroka tanah milik kerajaan dan telah menghantar pasukan keselamatan untuk menahan petani dan memusnahkan tanaman mereka. Seterusnya menahan Hamid dan empat orang pengikutnya pada 4 Januari 1969, mereka ditahan di kem tahanan Muar dan Batu Gajah selama dua tahun.[2]