Tembok_Kubu_Seoul
Tembok_Kubu_Seoul

Tembok_Kubu_Seoul

Hanyangdoseong (Hangul: 한양도성; Hanja: 漢陽 都城), atau secara harfiah Tembok Kota Seoul adalah siri tembok yang diperbuat daripada batu, kayu dan bahan lain, yang dibina untuk melindungi kota Seoul daripada penceroboh. Tembok tersebut pertama kali dibina pada tahun 1396 untuk mempertahankan dan memperlihatkan sempadan-sempadan kota, sekitar Hanyang (Hangul: 한양; hanja: 漢陽; nama lama untuk Seoul) semasa Dinasti Joseon . Pada masa itu, ia dipanggil Hansung (hangul: 한성; hanja: 漢城). Tembok tersebut terbentang sepanjang 18.6 km di sepanjang rabung keempat-empat gunung di Seoul iaitu Baegaksan, Naksan, Namsan, dan Inwangsan. Pada masa kini, sebahagian 12 km daripada tembok tersebut ditetapkan sebagai Tapak Bersejarah No. 10 (1963) dan dilindungi dengan sewajarnya, bersama-sama dengan pintu gerbang, pintu air, dan tempat isyarat api. Tembok utara, timur, dan selatan bahagian Gunung Nam (Namsan) telah mengalami kerja pemulihan secara meluas akibat mengalami kerosakan berterusan atau telah musnah sepenuhnya semasa pemerintahan empayar Jepun (1910-1945). Seoul kini membuat lawatan jejak Hanyangdoseong untuk pelancong. [1]