Plot Temptation_of_Wife

Goo Eun-jae berjaya lulus sebagai fashion designer dari satu universiti dan sedang mempersiapkan dirinya untuk melanjutkan pelajaran ke Perancis. Namun pada satu hari Eun-jae mabuk dan Jung Gyo-bin menidurinya. Akhirnya Eun-jae hamil dan impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke Perancis terpaksa dilupakan. Eun-jae harus berkahwin dengan Gyo-bin. Akan tetapi, perkahwinan mereka tidak bahagia kerana keluarga Gyo-bin yang merupakan keluarga yang kaya raya membuatkan ibu mertuanya, Baek Mi-in memandang rendah terhadap Eun-jae. Namun Eun-jae tetap berusaha bertahan. Sayangnya, kehamilannya berakhir dengan keguguran angkara ibu mertuanya. Eun-jae akhirnya hamil lagi setelah menunggu masa yang lama untuk kembali hamil.

Di saat Eun-jae sedang hamil kali kedua, kawan baik Eun-jae sejak kecil, Shin Ae-ri kembali dari Perancis. Ae-ri juga merupakan kekasih abang kepada Eun-jae, iaitu Goo Kang-jae. Ae-ri mendedahkan bahawa selama ia tinggal di Perancis selama 5 tahun, ada seseorang yang membantu membayar biaya kuliahnya. Orang itu adalah suami Eun-jae, Gyo-bin.

Ternyata suami Eun-jae menjalinkan hubungan sulit dengan Ae-ri. Ini membuat Eun-jae terkejut, apalagi ternyata Ae-ri sudah memiliki anak dari Gyo-bin, iaitu Jung Ni-no. Manakala Eun-jae seakan hampir tidak percaya dan berasa dikhianati karena dia menyangka Ae-ri akan berkahwin dengan abangnya dan jadi kakak iparnya kelak.

Kang-jae juga berasa sangat marah setelah mengetahui tentang hubungan sulit diantara Gyo-bin dan Ae-ri lalu dia bertindak memukul Gyo-bin. Kerana insiden itu, Gyo-bin dan ibunya, Mi-in memaksa Eun-jae untuk menandatangani surat cerai. Setelah bercerai, Gyo-bin dan Ae-ri berkahwin sementara Eun-jae pergi ke sebuah pulau terpencil untuk menenangkan dirinya.

Sementara Ae-ri yang tidak berasa tenang disebabkan ayah mertuanya, Jung Ha-jo yang memandang rendah terhadap dirinya membuatkan dia segera mengajak Gyo-bin untuk mencari Eun-jae lantas memaksanya untuk mengugurkan kandungannya itu. Bagaimanapun, Eun-jae yang enggan menurut kemahuan Gyo-bin dan Ae-ri itu menyebabkan dia diheret dan dilemaskan ke laut ketika dia cuba untuk menyelamatkan kalung yang merupakan pemberian bekas ayah mertuanya itu.

Gyo-bin yang sememangnya berhasrat untuk membunuh Eun-jae lantas membiarkan Eun-jae tenggelam dilaut tersebut. Setelah menyangka Eun-jae sudah mati lemas, Gyo-bin dan Ae-ri segera berlalu pergi. Mereka memutuskan untuk merahsiakan ini lalu membuat surat palsu yang membuktikan Eun-jae membunuh diri.

Saat itu juga, Min Gun-woo yang kebetulan berada di laut tersebut untuk mencari adik angkatnya, Min So-hee yang turut membunuh dirinya di laut yang sama. Lady Min yang mengetahui bahawa So-hee telah jatuh cinta terhadap Gun-woo membuatkan dia bertindak untuk mengaturkan perkahwinan Gun-woo dengan gadis lain kerana dia berharap So-hee akan akan mengalah dan melupakan perasaan cintanya itu terhadap Gun-woo. Namun So-hee yang kecewa dengan tindakan ibunya itu kemudian bertindak membunuh dirinya setelah dia mengetahui niat ibunya yang cuba untuk memisahkan dirinya dengan Gun-woo.

Manakala Gun-woo yang hampir berputus asa untuk mencari So-hee kemudian menemukan Eun-jae dalam keadaan tidak sedarkan diri. Gun-woo kemudian bergegas membawa Eun-jae ke hospital. Setelah Eun-jae kembali sedar, dia menjadi sangat sedih dan hampir membunuh dirinya setelah mengetahui dia keguguran buat kali kedua. Bagaimanapun Eun-jae membatalkan niatnya untuk membunuh diri lalu dia bertekad untuk membalas dendam terhadap Gyo-bin dan Ae-ri.

Setelah kembali pulih, Eun-jae yang kini mengubah namanya menjadi Min So-hee kemudian mencuba untuk melamar pekerjaan di syarikat kosmetik yang terkenal milik Lady Min. Lady Min berasa terkejut apabila dia melihat nama anak gadisnya dalam borang milik Eun-jae lantas dia menemuinya untuk ditemuduga. Meskipun begitu, Lady Min hampir menolak permohonan Eun-jae untuk bekerja di syarikatnya setelah mengetahui Eun-jae tidak memiliki sebarang pengalaman menjadi jurusolek artis sebelum ini. Eun-jae yang merasakan hanya itu sahaja cara dia untuk bangkit semula lantas berusaha untuk meyakinkan Lady Min agar menerima dirinya bekerja di syarikat tersebut. Eun-jae juga menceritakan kejadian yang telah menimpa dirinya sebelum ini kepada Lady Min. Setelah mendengar kisah Eun-jae itu, Lady Min kembali berasa terkejut apabila mengetahui bahawa Eun-jae pernah menjadi menantu kepada Jung Ha-jo, iaitu bekas kekasih lama dan merupakan musuh Lady Min. Merasa simpati dengan nasib Eun-jae yang hampir sama dengan dirinya dahulu membuatkan Lady Min membawa Eun-jae untuk tinggal dirumahnya.


Maka, bermulalah misi Eun-jae untuk membalas dendam sambil dia dibantu oleh Lady Min. Ini disebabkan Lady Min ingin membalas dendam terhadap Ha-jo kerana disebabkan Ha-jo, dia pernah jatuh miskin suatu ketika dahulu setelah geran tanah milik ayahnya telah dicuri oleh Ha-jo. Dia juga ingin membalas dendam setelah dia mengetahui bahawa Star, iaitu anak mereka yang dirampas daripada dirinya mati akibat demam panas. Sementara itu, Eun-jae kini telahpun mengubah penampilan dan identitinya sebagai Min So-hee dan mula bekerja di syarikat Lady Min. Manakala Gun-woo pula mulai sedar bahawa kini dia telahpun jatuh cinta terhadap Eun-jae. Eun-jae yang menyedari akan hal itu segera memadamkan perasaan Gun-woo terhadapnya demi melaksanakan rancangannya untuk membalas dendam.


Kembali sebagai So-hee, kini Eun-jae berasa yakin dan dia berusaha untuk menggoda Gyo-bin saat mereka kembali bertemu. Diawal pertemuan tersebut Gyo-bin sempat mencurigai dirinya ketika itu namun Eun-jae berhasil meyakinkan Gyo-bin bahawa dia adalah So-hee. Manakala Ae-ri yang juga bertemu dengan So-hee merasa curiga dan yakin kalau So-hee adalah Eun-jae. Akan tetapi, Eun-jae pandai berpura-pura dan mengatakan bahawa dia tidak mengenali Ae-ri sama sekali. Sementara itu, masa terus berlalu dan keadaan rumah tangga Gyo-bin dan Ae-ri menjadi dingin disebabkan Gyo-bin mula berlaku curang terhadap Ae-ri dengan menjalinkan hubungan sulit dengan So-hee/Eun-jae.

Eun-jae kini berasa sangat gembira setelah mendapati Gyo-bin telah tergoda olehnya serta masuk ke dalam perangkap "cinta" yang telah dia ciptakan. Kini dia semakin agresif dalam menggoda dan menghasut Gyo-bin agar dia menceraikan Ae-ri lantas mengahwininya. Ae-ri yang semakin terdesak untuk menyelamatkan hubungannya bersama Gyo-bin mula menyiasat identiti sebenar So-hee. Setelah dia yakin bahawa So-hee adalah Eun-jae, dia kemudian mengugut Eun-jae agar mendedahkan identiti sebenarnya. Meskipun begitu, Eun-jae tetap dengan pendiriannya dan bertegas dengan Ae-ri dengan mengatakan bahawa dia adalah So-hee.


Akibat kejadian itu, Eun-jae kini berasa terancam bahawa identiti sebenarnya bakal terbongkar membuatkan dia segera menemui keluarga kandungnya untuk membantu dirinya bagi melindungi identitinya itu sehingga dia dapat membalas dendam terhadap Gyo-bin dan Ae-ri. Kerana desakan dan hasutan Eun-jae, Gyo-bin kini telah menceraikan Ae-ri lalu mengahwini So-hee. Setelah bercerai dengan Gyo-bin, Ae-ri kemudian diusir dari rumah Gyo-bin dan manakala anaknya Ni-no tetap tinggal bersamanya bekas mertuanya. Ae-ri kemudian menghasut Ni-no agar dan berlaku kasar pada So-hee. Ae-ri semakin mencurigai hubungan So-hee dan Gun-woo setelah melihat mereka berpelukan di luar rumah Gyo-bin. Ae-ri kemudian menghubungi Gyo-bin agar dia melihat sendiri saat keduanya berpelukan. So-hee lantas menyakinkan Gyo-bin bahwa dia dan Gun-woo hanya saudara dan hubungan mereka memang rapat.


Selepas berkahwin, Gyo-bin ingin menghabiskan malam pertamanya dengan So-hee, tapi So-hee membeli dua katil besar dan bukannya satu, untuk menghindari Gyo-bin. Ae-ri memohon pada Gyo-bin dan keluarga bekas mertuanya untuk menyerahkan Ni-no padanya.Ae-ri berhasil mendapatkan Ni-no, namun dia yang berasa kasihan kepada anaknya, kerana Ae-ri sedar dia kini telah jatuh miskin dan tidak mampu membelikan apapun yang diinginkan Ni-no akhirnya menyerahkan kembali Ni-no kepada Gyo-bin.


Eun-jae kemudian mendedahkan identiti sebenarnya setelah dia berhasil mendapatkan seluruh harta keluarga Gyo-bin dan membuatkan keluarga mertuanya itu kini menjadi miskin. Gyo-bin yang akhirnya sedar dan menyesal akan perbuatannya terhadap Eun-jae selama ini lantas membuat keputusan untuk kembali mendapatkan semula hati Eun-jae namun segalanya sudah terlambat apabila Eun-jae bertegas untuk menuntut agar diceraikan lalu berpaling kepada Gun-woo. Ae-ri yang kini mengetahui akan nasib keluarga Gyo-bin lantas mengambil kesempatan itu untuk dia kembali kepada keluarga itu lalu berjanji kepada mereka untuk segera mendapatkan kembali harta yang telah dirampas oleh Eun-jae dan Lady Min. Sementara itu, Lady Min yang kini menyedari bahawa dia tidak ingin kehilangan Eun-jae dan Gun-woo lantas merestui hubungan mereka lalu dia berhasrat untuk mengadakan perkahwinan untuk mereka kelak.


Namun, So-hee yang sebenar telah kembali dalam keadaannya yang sedang menghidapi penyakit kemurungan yang lebih teruk. Dia lantas menemui Eun-jae lalu memarahinya setelah dia mendapati bahawa Eun-jae dan Gun-woo bakal melangsungkan perkahwinan serta dia juga memarahi Eun-jae yang telah mengambil identitinya selama ketiadaannya. Ae-ri yang melihat kejadian tersebut menggunakan peluang tersebut untuk merampas semula harta keluarga Gyo-bin dan membalas dendam terhadap Eun-jae. Ae-ri lantas menemui So-hee lalu menawarkan kesepakatan untuk mengenakan Eun-jae. Lady Min yang bimbang dengan keadaan So-hee itu, kemudian memaksa Gun-woo untuk meninggalkan Eun-jae dan mengahwini So-hee. Meskipun dengan berat hati Gun-woo terpaksa menerima keputusan ibunya itu demi kebaikan adiknya itu. Gun-woo akhirnya mengahwini So-hee namun dia mengenakan syarat bahawa mereka akan tidur berasingan bilik dan Gun-woo sempat memberikan amaran kepada So-hee agar tidak mengganggu dan menyusahkan kehidupan Eun-jae. Gun-woo juga kini menjauhkan dirinya daripada wanita yang dicintainya itu.


Kerjasama yang terjalin diantara Ae-ri dan So-hee pada mulanya berjalan lancar sehinggalah terjadi suatu kejadian dimana disebabkan Ae-ri, Gun-woo akhirnya telah mengetahui bahawa So-hee tidak mengendahkan amarannya sebelum ini kerana So-hee masih berterusan mengganggu hidup Eun-jae tanpa pengetahuannya selama ini. Disebabkan itu, Gun-woo membuatkan keputusan untuk menceraikan So-hee. So-hee yang menjadi sangat marah dan berasa dikhianati setelah mengetahui penceraiannya dengan Gun-woo adalah berpunca daripada Ae-ri, membuatkan dia ingin membalas dendam terhadap perbuatan Ae-ri itu.


Ae-ri kini mendapati dia kembali hamil buat kali kedua, namun dia harus mengugurkan kandungannya itu apabila dia disahkan menghidapi penyakit kanser rahim dimana dia juga harus membuang rahim tersebut. Hal itu membuatkan Ae-ri berkeras tidak mahu mendapatkan rawatan, apatah lagi mengugurkan kandungan itu kerana dia beranggapan bahawa bayi dalam kandungannya itu boleh membuatkan Gyo-bin kembali kepada dirinya. Sementara itu, So-hee yang masih berdendam dengan Ae-ri kemudian menemui Ae-ri lalu berpura-pura menawarkan bantuan kepada Ae-ri apabila dia mendapati bahawa wanita itu akan menyertai sebuah pertandingan solekan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Ae-ri yang sama sekali tidak mengetahui rancangan So-hee itu lantas bersetuju untuk menerima bantuan tersebut. Hari pertandingan akhirnya tiba, Ae-ri yang melihat Eun-jae turut serta dalam pertandingan tersebut lantas mula menjalankan rancangan liciknya dengan menukarkan model Eun-jae kepada model yang mengalami alahan terhadap solekan. Eun-jae yang akhirnya mengetahui niat jahat Ae-ri itu lantas berusaha untuk memperbaiki solekan model gantian tersebut. Eun-jae dan Ae-ri akhirnya berjaya melangkah ke pusingan terakhir dan pada akhir pertandingan itu, Ae-ri telah diumumkan sebagai pemenangnya. Bagaimanapun, kemenangan itu kemudiannya diberikan kepada Eun-jae apabila model yang sepatutnya disolek oleh Eun-jae sebelum pertandingan bermula, telah tampil membuat pengakuan bahawa dia ditipu oleh Ae-ri, dan panel juri pertandingan tersebut juga mendedahkan bahawa Ae-ri telah memberikan rasuah kepada mereka sebelum pertandingan itu bermula. Kebenaran itu sekaligus membuatkan Puan Oh, iaitu ketua juri pertandingan tersebut serta-merta membatalkan kemenangan Ae-ri lalu memberikan kemenangan tersebut kepada Eun-jae. Ae-ri yang kemudian berasa malu dan tertipu lantas menemui So-hee. Disaat itu, So-hee yang mengetahui rancangannya telah berjalan lancar kemudian menemui Ae-ri lantas menjelaskan bahawa dia sengaja mengenakan Ae-ri kerana ingin membalas perbuatan Ae-ri yang menyebabkan dia dan Gun-woo kini berpisah. Setelah bercerai dengan Gun-woo, So-hee kemudian mengikuti ibunya ke Amerika bagi merawat penyakit kemurungam yang dihidapinya sekaligus ingin melupakan perasaannya terhadap Gun-woo.


Sementara itu, keadaan kesihatan Ae-ri menjadi semakin teruk apabila penyakit kanser rahim yang dihidapi kini berada ditahap ke-4. Eun-jae yang telah mengetahui tentang penyakit Ae-ri berusaha memujuk Ae-ri untuk mendapatkan rawatan namun nasihat Eun-jae itu tidak diendahkan Ae-ri. Melihat keadaan Ae-ri itu membuatkan Eun-jae berasa sangat sedih kerana dendamnya terhadap Ae-ri dan Gyo-bin kini beransur hilang. Eun-jae lantas menemui Gyo-bin lalu memberitahu akan tentang penyakit yang dihidapi Ae-ri. Gyo-bin yang seakan hampir tidak percaya lalu segera menemui Ae-ri lalu kembali padanya. Ae-ri yang mengetahui dia akan mati, segera menitipkan Ni-no kepada Eun-jae agar dia menjaga Ni-no bagi pihaknya nanti. Sesudah itu, Ae-ri kemudian bertindak membunuh diri dilaut namun cuba diselamatkan oleh Gyo-bin. Ae-ri yang kini berasa putus asa lantas menjelaskan bahawa hayatnya kini singkat lalu berhasrat untuk mengakhirinya. Gyo-bin yang berasa sedih mendengar rintihan duka Ae-ri itu lantas bertindak untuk membunuh dirinya bersama-sama Ae-ri. Akhirnya, keluarga Gyo-bin memohon maaf kepada Eun-jae diatas perbuatan mereka selama ini. Eun-jae yang kini sedar bahawa berdendam tidak akan membuatkan hidupnya sebaliknya hanya kemaaafan yang boleh membuatkan dia melupakan segala kesakitan yang dilaluinya selama ini. Akhirnya dia belajar untuk memaafkan semua orang yang pernah menyakitinya dan hidup bahagia bersama Gun-woo.