Pemerolehan Tenaga_Nasional_Berhad

Gambaran keseluruhan

Pada Disember 2015, TNB mengumumkan telah menandatangani Perjanjian Jual Saham ("SSA") dan Perjanjian Pemegang Saham ("SHA") untuk melabur dalam 30% kepentingan dalam syarikat kuasa Turki, GAMA Enerji A.S. (GAMA Enerji), pada harga AS$ 243 juta. TNB akan memperolehi pegangan daripada GAMA Holding AS ("GAMA") serta Perbadanan Kewangan Antarabangsa ("IFC"), ahli Kumpulan Bank Dunia yang memberi tumpuan kepada sektor swasta dan GIF Holding I Cooperatief UA ("GIF"), dana yang diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Aset IFC.[43] Pemerolehan ini akan membolehkan TNB meneruskan peluang yang belum diterokai dalam sektor O&M di rantau ini serta memanfaatkan kepimpinan serantau GAMA Holding dalam perkhidmatan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan.[44] Pemerolehan tersebut telah dimeterai pada April 2016.[45]

Pada 5 November 2016, Tenaga Nasional menyelesaikan pengambilalihan 30% kepentingan dalam syarikat kuasa India, GMR Energy Limited ("GEL"), pada harga AS$ 300 juta menurut perjanjian muktamad yang dilaksanakan pada 9 Mei 2016. Pelaburan strategik di GEL oleh TNB akan dibuat melalui anak syarikat milik penuhnya Power and Energy International (Mauritius) Ltd ("PEIM"). Penyiapan transaksi menandakan kemasukan TNB ke sektor tenaga yang berkembang pesat di India dengan permintaan terhadap peningkatan elektrik antara 6% -7% CAGR, menambah 20GW kapasiti baru setiap tahun, jumlah yang setara dengan kapasiti dipasang semasa Malaysia.[46]

Pada Mei 2017, TNB menyempurnakan pengambilalihan 50 peratus kepentingan dalam salah satu portfolio kuasa suria terbesar di Britain, dengan kapasiti gabungan sebanyak 365 MW. Perjanjian itu dijalankan antara anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional, TNB International Sdn Bhd (TNBI) dan Vortex Solar UK Ltd. yang memiliki kepentingan 100 peratus dalam portfolio pelaburan Vortex Solar S.a.r.l.[47]

Pemerolehan Integrax

Lihat juga: Integrax

Pada Januari 2015, Tenaga Nasional mengumumkan pemerolehan Integrax yang ditubuhkan pada 2003, dengan tawaran yang dinaikkan sebanyak RM32.5 sesaham daripada tawaran asal sebanyak RM27.5 sesaham.[48] Menjelang 5 Mac 2015, Harga saham TNB di Bursa Malaysia menyusut dalam dagangan awal selepas jemaah lembaga Integrax mencadangkan agar pemegang saham menolak tawaran disemak semula pada RM3.25 oleh TNB.[49] Pemerolehan Integrax oleh TNB turut disokong oleh EXCO Perak yang yakin bahawa jika rancangan pengambilalihan Integrax Bhd yang menguasai Pelabuhan Lumut diluluskan oleh pemegang sahamnya, ianya akan melonjakkan ekonomi Perak dengan memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perkhidmatan kepada penduduk.[50] Pada 30 Mac, Tenaga Nasional memiliki pegangan sebanyak 50% peratus di dalam Integrax, sekali gus memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tawaran semulanya untuk membeli baki semua saham biasa dalam pengendali pelabuhan Lumut itu pada harga RM3.25 sesaham.[51] TNB mengumumkan pada 8 April 2015 bahawa sebahagian besar operasi perniagaan Integrax akan dikekalkan dan tarikh akhir bagi para pemegang saham syarikat itu untuk menerima tawaran semakan semula TNB adalah RM3.25 sesaham pada 13 April.[52] Pemerolehan tersebut telah dimuktamadkan dan Integrax menjadi anak syarikat TNB pada Februari 2016.

Pemerolehan Setia Haruman

Pada 7 Mac 2018, Tenaga Nasional mengumumkan pemerolehan seluruh kepentingan syarikat Setia Haruman Technology Sdn. Bhd., anak syarikat Setia Haruman Sdn. Bhd. pada harga RM28 juta.[53] Kesepakatan tersebut datang selepas semua syarat yang ditetapkan untuk perjanjian jual beli bersyarat yang dimasukkan antara TNB dan Setia Haruman telah dipenuhi. Dengan selesainya pengambilalihan itu, SHTech akan menjadi anak syarikat milik penuh syarikat kuasa dan akan terus menjalankan perniagaan sedia ada sebagai penyedia perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat.[54][55][56]

Pembelian syarikat tenaga diperbaharui UK

Pada Mac 2018, Tenaga Nasional melalui anak syarikatnya Tenaga Wind Ventures UK Ltd telah melengkapkan 80 peratus pembelian bagi dua syarikat tenaga boleh diperbaharui dari United Kingdom, iaitu GVO Wind Ltd and Bluemerang Capital Ltd. pada harga £77.37 juta (RM417.75 juta). Kedua-dua syarikat tersebut memiliki portfolio angin Tarif Suapan (FiT) yang terbesar di UK, yang terdiri daripada 53 turbin angin sederhana di dalam operasi dengan kapasiti gabungan sebanyak 26.1MW.[57][58][59]

Reimagining TNB 2020

Rujukan

WikiPedia: Tenaga_Nasional_Berhad http://www.alacrastore.com/company-snapshot/Tenaga... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.bursamalaysia.com/market/listed-compani... http://www.kinibiz.com/story/corporate/130879/a-gl... http://www.mhccompetitions.com/mhl/index.php?kod=T... http://travel-to-malaysia.com/spirit-of-merdeka-ma... http://travel-to-malaysia.com/the-national-electri... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=805... http://www.dailyexpress.com.my/news/132245/tnb-pub...