Tenaga makanan ialah
tenaga yang diperolehi manusia dan haiwan daripada
makanan, melalui proses
respirasi sel, sama ada proses penyatuan
oksigen dengan
molekul makanan (respirasi aerob) atau penyusunan semula
atom dalam molekul (
respirasi anaerob).Dalam
Sistem Unit Antarabangsa, tenaga diukur dengan unit
joule (J) atau gandaannya; kilojoule (kJ) lazimnya digunakan bagi kuantiti berkaitan makanan. Unit tenaga
sistem metrik lama, namun masih digunakan secara meluas dalam konteks makanan, ialah
kalori; lebih tepat, "kalori makanan", "kalori besar" atau "kilokalori" (kcal atau Cal), bersamaan dengan 4.184 kilojoule. (Perhatikan bahawa ini berbeza dengan "kalori kecil" (cal) yang sering digunakan dalam
kimia dan
fizik, bersamaan dengan 1/1000 kalori besar.) Di
Kesatuan Eropah, kedua-dua unit kilokalori ("kcal") dan kilojoule ("kJ") digunakan di label pemakanan. Di banyak negara lain, hanya satu unit yang dipaparkan; misalnya "kkal" atau "kcal" digunakan di Indonesia dan Malaysia.