Tengkolok_Diraja
Tengkolok_Diraja

Tengkolok_Diraja

Tengkolok Diraja merupakah salah satu pakaian kebesaran Raja-raja Melayu di Malaysia. Semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagai solek di ulunya, sebagai pakaian kebesaran. Bentok ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Kain ulu itu dinamakan "Tengkolok".Tengkolok Diraja dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan Tengkolok ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan Persekutuan yang berwarna-warni.

Berkaitan