Tengku_Muhammad

Tengku Muhammad ibni Sultan Mansur Riayat Shah, dengan gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan, ialah raja yang ditabal menaiki takhta Kelantan pada tahun 1794 sehingga tahun 1800. Baginda ialah menantu Long Yunus (suami Cik Ku Tuan Nawi) dan putera kepada Sultan Terengganu iaitu Sultan Mansur Riayat Shah I Ibni Sultan Zainal Abidin I. Pemerintahannya tidak lama kerana kurang disenangi terutamanya oleh putera-putera Long Yunus, terutama Long Muhammad. Pemerintahan berakhir selepas berjaya dikalahkan oleh Long Muhamad pada 1801. Namun puteranya yang ke-4, Tengku Ahmad Tengah yang juga menantu Sultan Muhammad II berjaya menaiki takhta Kelantan kembali pada 1886 apabila dilantik oleh Siam sebagai pemangku raja Kelantan. Keturunannya memerintah Kelantan sampai hari ini