Sultan_Mansur_I

Sultan Mansur Riayat Syah I Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah I (1138 H/1725 M atau 1723 M[1] – 14 Jamadilakhir 1208 H/14 Julai 1794 M[2]), dikenali sebagai Marhum Janggut selepas kemangkatan baginda, ialah Sultan Terengganu kedua dan putera kepada Sultan Zainal Abidin I. Dilahirkan pada 1710, baginda memerintah pada tahun 1733—1793. Baginda berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak dari Johor pada 10hb April 1739 dan berikutnya, dengan Raja Bakul, puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Isteri baginda yang ketiga ialah Nang Senik, puteri kepada Long Dil pembesar dari Pulau Melur, Kelantan. Baginda mangkat pada 17 Januari 1794 lalu digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II.[3] Tiga bulan sebelum baginda mangkat, baginda telah berangkat ke Kelantan bagi menyaksikan puteranya yang ke-6, Tengku Muhammad yang juga menantu Long Yunus ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Muda Kelantan. Putera baginda iaitu Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur Riayat Shah yang berkahwin dengan Engku Tuan Nawi binti al-Marhum Sultan Long Yunus iaitu puteri baginda Sultan Kelantan,[4] menjadi Sultan Kelantan yang memerintah dari 1795 hingga 1800.