Kerjaya Tengku_Muhammad_Faiz_Petra_ibni_Sultan_Ismail_Petra

Pada 30 Mac 1989, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-30 keputeraan al-Sultan Kelantan. Pada 18 Oktober 2010, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan oleh Sultan Muhammad V. Pada 8 Disember 2016, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan berikutan Sultan Muhammad V dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan yang ke-17 pada 5 Julai 2009 dan dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 16 Februari 2017.

Berkaitan