Tengku_Noor_Asiah_Binti_Tengku_Ahmad

Dato’ Tengku Noor Asiah" atau lebih mesra dipanggil Tengku Noor (Ku Noor) dilahirkan diKota Bharu, Kelantan pada 11 November 1930. Beliau mendapat pendidikan awal diSekolah Melayu Merbau (1935-1938). Selepas itu, beliau menuntut di Government GirlsEnglish School antara 1939-1940. Beliau tidak dapat meneruskan pendidikanselepas itu disebabkan Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun.Beliau mula melibatkan diri dalampertubuhan Perkumpulan Perempuan atau Women’s Institute (WI) Negeri Kelantanpada tahun 1960-an. Beliau mula-mula dilantik menjadi Bendahari, antara1962-1971, kemudian dilantik menjadi Pengerusi mula 1971 hingga sekarang.Disamping itu, beliau juga dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa WI Malaysia mulai1974 dan pada 1987, beliau ialah Timbalan Yang Dipertua WI Malaysia. Selainitu, beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatan Belia, Kelab Suara Muda.Beliau kemudiannya dilantik menjadi wanita pertama memegang jawatan PengerusiPuteri Kelab Suara Muda iaitu antara 1955-1965.Beliau mula terlibat dalam politik apabila menyertai PartiNegara pada tahun 1956. Kemudian menyertai UMNO dan dilantik menjadi KetuaWanita UMNO Cawangan Merbau dari 1963-1974. Pada tahun 1969 hingga 1974 menjadiwanita pertama memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan danAhli Jawatan Kuasa Majis Tertinggi UMNO Malaysia pada 1968. Semasa krisis UMNO Kelantan yang membawa penubuhan PartiMelayu Semangat 46, di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), beliau dilantik menjadi Ketua Wanita Semangat 46 Semalaysia dankembali semula ke dalam UMNO apabila Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996.
Dato’ Tengku Noor Asiah memang lahir dalam keluarga politik. Ayahandanya,dikenali dengan YAM Tengku Ahmad Panglima Raja Kelantan merupakan salah seorangPengasas dan Pengerusi  UMNO Kelantansebelum merdeka. YAM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad bin YTMTengku Temenggong Long Abdul Ghaffar Ibni Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) berperanansebagai penabal Al-Sultan Kelantan.Beberapa orangsaudaranya ikut aktif dalam politik. Semasa menjadi anggota parlimen 1974,adiknya Tengku Zaid Tengku Ahmad juga menjadi anggota parlimen Pasir Masmewakili Pas.Beliau juga adalah kekanda kepada Sultanah Johor Tengku Zahariah Tengku Ahmaddan Sultanah Nora TengkuAhmad dan juga Tengku Iskandar Tengku Ahmad adiknya.Dato' Tengku Noor Asiah menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Tumpat, negeri Kelantan. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.