Politik Tengku_Putera_Tengku_Awang

Kerjaya politiknya bermula apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong pada pilihan raya umum 1995[1] dan seterusnya memenangi kerusi itu dan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.

Sejarah kepimpinannya mula menyerlah ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada tahun pilihan raya umum 1999. Namun beliau bersama seorang lagi calon BN yang juga dari bahagiannya iaitu Rosol Wahid menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dan Ajil.

Beliau sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada tahun 1999 ketika BN tewas di Terengganu dan pada pilihan raya umum 2004 bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu.